Pengenalan

Teratak Nur Barakah merupakan rumah kebajikan yang menaungi anak yatim, anak fakir miskin serta anak asnaf zakat (layak menerima zakat). Rumah ini telah diasaskan dan memulakan operasinya di penghujung 2009. Kini ia menempatkan seramai 25 orang anak-anak lelaki dan perempuan.

Di samping itu Teratak Nur Barakah juga turut menaungi seramai hampir 50 orang lagi anak-anak dari kelompok yang sama yang merupakan golongan asnaf zakat di luar asrama. Misi atau tujuan utama penubuhan Teratak Nur Barakah ialah untuk menyelamatkan iman dan menyempurnakan kasih sayang kepada mereka yang ketiadaan ibu dan ayah.